Pages

Saturday, September 24, 2011

Kuching. Hotel dan Transport

bulan-bulan lepas I ada familiesss trip ke Kuching. Sebab I yang survey ini dan ini, meh nak share some survey before ke Kuching hari tu. Berjalan dengan family dan berjalan dengan kawan-kawan ni lain. Disebabkan tak ada sedara mara kat sana, so kena cari 1.hotel 2.transportation

Hotel.

Berjalan dengan family, tak ekonomi sangat. Mula-mula ingat nak ambil Sommerset apartment tapi start May 2011, dah tutup. renovation kot.

alternatively nak ambil homestay. homestay ni sesuai la kalau pergi ramai-ramai. boleh dapat rumah besar dan agak murah.. tu pun kalau pandai cari. sebab ada juga homestay yang mahal.

Tapi akhirnya kami duduk di Merdeka Palace. apartment suite. Dalam website tak letak pelan lantai (floor plan). susah nak imagine kebesaran bilik. tapi bila sampai, yang bestnya ada banyak toilet kat suite ni. Cool kan? haha. setiap bilik ada 1 toilet dan kat luar (ruang tamu) pun ada toilet jugakk. kalau sakit perut, tak payah tunggu sampai kritikal pastu ketuk-ketuk pintu toilet suruh orang cepat keluar. Hotel ni cantik dan secure. Naik lif kena touch kad so budak-budak tak boleh turun sesuka hati. Dekat dengan dataran merdeka tapi view apartment yang kami duduk mengadap muzium Sarawak.

tadaaa! muzium Sarawak

Rasanya kalau stay hotel kat area waterfront lagi bes. dekat sket nak shopping..


 
Transport.

Masa survey, in mind memang nak cari transport yang ada sekali dengan pemandu. sebab ramai, tak nak ambil risiko sewa kereta dan pandu sendri. malas nak sesat sana sini. Sarawak tu besar. tak macam Langkawi. selepas survey beberapa transportation, found out satu website ni yang harganya ok. ni website transport tu. ZamTransportation. sewa sebuah van yang boleh muat 10 orang+pemandu. kadar bayaran ikut jam. jadi, kalau penuh van. memang berbaloi. tempat lawatan pun dia bagi sekali. servis pun ok. aircond van pun ok. cuma bila sampai airport, takde plak orang nak pegang sepanduk nama I... baru nak feeling-feeling orang pegang nama kita dan tunggu kat airport..... tak kesampaian.


ok la. thats all. daaa~

Wednesday, September 21, 2011

A BIG Birthday shoutout to

...

happy birthday September babies.... =)

Monday, September 19, 2011

kata kunci

Aku dah jumpa kata kunci untuk keadaan sekarang.

Kerja aku sama je dulu dan sekarang. Kena mengadap pc jugak setiap hari. Dulu aku ada banyak keje dan agak sibuk. Tapi masa nak berjalan-jalan kat alam maya masih ada. siap boleh stalk orang lagi. nampak sangat ke-free-an hidup. Sekarang pun busy jugak tapi takde masa nak jalan-jalan kat alam maya dah.

Nak je buat tapi tak sempat. tak sempat. (mana boleh tinggalkan hobi begitu saja. kan)

Aku pelik jugak hari tu bila fikir sebabnya. Dan tadi aku dah jumpa kata kunci untuk situasi ni.

dealing with people.

ya. ya. kerja sekarang kena deal dengan orang juga. bukan dengan program sajerr..

Monday, September 12, 2011

nephew #1

Setiap pagi aku akan hantar my only nephew namanya eff ke kindergarten. Dia baru 5 tahun. Dalam kereta, dia akan duduk belakang. so, aku ni macam driver dan dia macam bos!

Pagi tadi dia suruh aku ikut jalan lain daripada selalu. Sampai satu simpang tu, dia suruh belok. Sepatutnya kena jalan terus lagi. Aku dah cakap tak familiar jalan tu. nanti sesat tapi dia dengan confident cakap dia tahu. Jalan tu banyak lorong. sebab aku tak dapat agak, dia la yang tunjuk jalan. 

"depan tu, ambil kanan."
"eff tahu ke kanan tu mana."

then dia duk tengah-tengah seat kereta dan tunjuk isyarat dengan tangan. not bad ahh. Sampai kindergarten tanpa salah masuk lorong. hahaha.. Kelass anak buah i ni.

Friday, September 2, 2011

aidilfitri 2011

first of all, mohon ampun maaf kalau ada tersalah silap atau tersinggung kat mana-mana. esp kepada kamu-kamu yang tak dapat dicapai. salam aidilfitri dari saya =)

raya tahun ni sangat beremosi la. malam raya sangat kecewa sebab sweater hilang kat kampung. sedih sangat...sepanjang balik ke rumah asyik fikir pasal tu je. macam mana ntah boleh takde. padahal letak atas katil je pun. takkan tiba-tiba hilang. mungkin ramai orang kan. redha je laaa..

sebenarnyaa sedih jugak bila raya takde baju baru. cadangnya memang taknak tempah baju raya sebab masalah ekonomi. nasib terbeli jugak kain hari tu. raya ketiga baru dapat dari tailor. excited gilaa kot bila dapat baju raya ni.. excited sangat .... ganjaran untuk diri sendiri after sebulan puasa. kepuasan tu. syukur.. =)

last skali, kutipan duit raya tahun ni memberangsangkan la. kihkihkih... serius ingat dah tak dapat. tidak ku sangkaaaaa.. cempedak jadi nangka. hah....*bigGrin*