Pages

Wednesday, June 29, 2011

nasi putih dan telur rebus

Ini petua. kalau rasa nak tengok benda tu. sila letak sepinggan nasi putih kat tingkap malam-malam dan gantung telur rebus betul-betul kat atas nasi tu. waktu afdal pukul 12. nanti benda tu akan datang makan. kalau rasa nak tengok dan berani, boleh cuba...

seraaam ...


ps: adik kat cafe bawah tu bagi petua. tak pasti berkesan ke tak. kalau berkesan, boleh panggil uncle seekers la kot.

Friday, June 24, 2011

sunburn

destinasi pantai hari tu kat Batu Feringghi je.
bila tulis post macam sebelum ni, nampak sikit happening gile tho tempat tu tak jauh mana dari rumah.
nak divert cara berfikir.

dan bukan pergi bercuti pun. takde makna nak sun tanning dan bla bla bla... sunburn ade la..



dapat jugak tengok sunset by-the-beach. ni gambar dari belakang bayview. jap. apsal aku macam jakun je. aku duduk pulau kot. kalau nak, hari-hari dapat buat aktiviti by-the-beach. cet...


ada orang pulak dalam gambar sunset aku tu. 

Seingat aku dia tu pak arab yang tengah cari anak dia hilang. kalut jugak beach boy kat situ tolong cari. anak dia kecik lagi. umur dalam 5/6 tahun kot. dengar citer, budak tu hilang lepas naik kuda. leka sangat parents dia tu. akhirnya jumpa kat pantai belakang hotel apa ntah. kira jauh jugak budak tu pergi. mungkin best sangat berjalan tepi pantai sampai tak sedar dah jauh dari hotel. kes selesai, aku pun balik ke hotel. selamat kes habis awal. so, boleh la tau ending macam mana. busy body kan. ha ha ha.....



after check out hari ahad tu, kami terus pergi makan durian kat jalan pusing-pusing on the way dari teluk bahang ke balik pulau. banyak gak stall jual durian tepi jalan. dah lama aku tak lalu sini. boleh je singgah stall mana-mana yang berkenan. 


durian terus dari kebun laaa ni. boleh makan situ je. feel gitu.  


tamat cerita aktiviti hujung minggu dan tak sangka kali ni aku rajin mengarang. =)

update: dusun durian kot. bukan nyaa kebun durian..

Friday, June 17, 2011

sun tanning

Minggu ni nak g Penang. untuk percutian pantai......!!!

refreshment untuk diri sendiri. tenangkan fikiran. tenangkan jiwa. dan stabilizing segala-galanya. boleh jalan-jalan tepi pantai. dengar bunyi ombak. tengok sunset. bina istana pasir. mandi laut. sun tanning.





....besnyaa berangan.

~

percutian pantai la sangat.

g Penang je pun. kot la pergi Pulau Sipadan ke, Pulau Perhentian ke, Port Dickson ke. patut jugak nak kecoh kan.

~
selamat ber-weekend semuanyaa.. =)

Thursday, June 16, 2011

GoodMorning

Beberapa bulan lalu, waktu pagi adalah sesuatu yang *hardcore untuk diri sendiri. Kepala otak tak dapat berfikir dengan cekap. Kalau pernah tengok iklan susu baby, sure familiar ayat ni "sel-sel otak anak anda akan berhubung bla bla bla....." something macam tu kot. keyword - (1) sel-sel otak dan (2) berhubung. kalau belajar bio, cerita saintifiknya lebih kurang pasal neuron dan neurontransmitter.

jadi kalau pagi-pagi orang datang jumpa nak tanya/cakap pape. mesti blur. jawapan pagi tu mesti tak sure. tak tau atau sengih jerr. mental block. takkan nak minum susu baby bagi sel-sel otak berhubung. serius rasa lampi gilaa kot.

hurm...

tu dulu.

_____________

*hardcore = genre muzik.

Thursday, June 9, 2011

nasi lemak

rasanya dah lama scrt rcp ada nasi lemak. apsal aku cakap menu baru ni. blur kot masa tulis post hari tu.

hehe...

Thursday, June 2, 2011

steak

kalau cakap pasal teringin aiskrim, tu semua nafsu semata. so, tutup cerita pasal aiskrem. untuk menjadi seorang yang matured. kena cerita pasal makanan yang budak² tak makan.

hari tu pergi scrt rcp. masuk. duduk. pilih menu. niat di hati nak makan nasi lemak. nasi lemak tu menu baru kan? dah try belum? mesti kena cuba. betul tak. malangnya niat di hati tak selari dengan order pada hari tu. menu pilihan adalah steak bla². hidangan sampai.. tadaaaaa.........




daging lembut. tapi yang tak bestnya, steak situ sangat laaa tak classic. macam makan daging dewan makan zaman sekolah menengah. tak feeeel. mana ntah nak cari steak sedap yang classic dan tak liat. erm..... maybe home made kot =)