Pages

Thursday, April 28, 2011

Anak kucing Oren

Anak kucing oren tu dah 2-3 hari sakit. macam lelah gitu. Orang cakap dia demam. Badan tak panas pun. Cuma dia macam tak boleh bernafas. Kesian sangat. Makan pun tak. Hulur tali pun tak respon. duduk je situ sambil tercungap-cungap. kalau pegang, meronta-ronta nak turun.

Hari ni nampak lagi teruk. cadangnya petang ni nak bawa g jumpa vet. Masa kat lab, dapat message anak kucing oren tu dah mati.

Sedih gilaaaaaaa tau.

Berkabung.

Wednesday, April 27, 2011

Other side

si A dan si B jalan-jalan di sebuah pulau.

tapi malangnya mereka selalu berjalan di sebahagian pulau itu sahaja. satu hari, mereka pergi berjalan di other side of pulau tersebut. dalam perjalan pulang. si A demam dan keesokan harinya si B juga sakit.


Apakah yang ada di sebalik pulau tersebut sampai kedua-dua A dan B jatuh sakit?

jawapanya: tiada apa-apa. si A dan si B dah lama tak berjalan. jalan jauh sket. dah sakit. Lemah.

tapi tak mengapa. atleast mereka dah sampai di sebelah sana pulau itu. Yeay!~

end of story.


soalan cepumas: siapa si A dan si B?

jawapanya: anak² kucing yang comel. alololo~

Tuesday, April 26, 2011

wed

kawan sebelah katil masa high school dah nak kawen.
kawan depan katil masa high school pun dah nak kawen.

am really happy for em =)






yeah. its time!
....to get married. eh. tak. to receive more and more wedding invitationss..

when is your turn?

Friday, April 22, 2011

X

si A dalam perjalanan dari S ke T. dalam perjalanan, si A asyik terlihat huruf X. apakah itu?




jawapanya: huruf pada plat kenderaan. cbx.wsx.phx.bjx......dll


*post ini tiada maksud tersirat.

Friday, April 15, 2011

The Cloud Gate



Cloud Gate, Millenium Park, Downtown, Chicago, Illinois, USA



Cloud Gate II

DSC_0173

Snow Bean

Reflection of a snowy skyline


Senang jugak ada google, cepat je cari pasal Cloud Gate ni. I pernah tengok gambar² ni dulu tapi tak ingat kat area mana in US. Sekarang dah tahu. benda ni kat Chicago. tak pernah sampai lagi. kalau ada rezeki n umur panjang, mungkin satu hari nanti boleh pergi.

Wednesday, April 13, 2011

sentimental

hari ni ada Final Year Project Competition di dkg31.


2 tahun dah berlalu. how time flies!

Monday, April 11, 2011

phone call

aku tak pernah check nombor phone orang kat google. tak pernah terlintas pun. google nama selalu buat. tu pun kalau bosan yang amat.

dapat 1 phone call. mengaku agen insurans dan nak bagi insurans free setahun (promosi kot ni. tak ingat la). dia dapat nombor dari online banking.


dia suruh bagi maklumat peribadi, nak check dalam sistem katanya..ok. sepatutnya dia baca dan aku check. tapi bukan macam tu senario nyaa. dia nak aku bagi details semua tu balik. siap minta dengan ejaan. nama, alamat, bla..bla..bla.. banyak songeh jugak kan. dah cakap maklumat ada dalam sistem. baca je la dan biar aku check. lagi senang. tak payah aku nak susah payah eja nama alamat semua. still taknak. tak boleh la. privasi la. apa laa.. banyak je alasan. pelik. dari semangat nak dapat benda free, jadi menyampah pulak.

dah la masa tu tengah dup-dap-dup-dap nak present. sebab nak rushing untuk presentation. aku cakap tak berminat dan kena letak telefon sekarang. tu pun selepas 15 minit. 15minit ok. lama tu. cakap dengan boyfriend pun seminit je. -.- soalanya sekarang. ada ke boyfriend?

balik kepada tajuk asal. ini nombor-nombornyaa......
  • 0320367188
  • 0320366888

tak sangka tu panggilan scam ok. just found out. ada kawan share link ni kat twitter (klik sini).


pergi baca.


kalau aku tak baca pasal ni, serius aku ingat dia memang nak bagi insurans free dan rasa agak rugi tak ambil! derr, dont trust people easily..



Tuesday, April 5, 2011

an evening

at esplanade







a.k.a padang kota lama. langit gelap. angin kuat.

macam nak ribut tapi still lepak atas padang lagi.