
Sejarah
Melaka = Malacca
Pulau Pinang = Penang
persamaan : dua-dua tu adalah negeri selat. tiada sultan. nama negeri bertukar ejaan bila dalam english.
lagi satu negeri selat yang belajar kat sekolah dulu......
singapura atau dalam english singapore.
ps: jangan guna fakta atas tu untuk jawab soalan pmr atau spm. nak studi sejarah, kena baca buku teks SAHAJA.
Dengar tak pasal kedah nak tuntut Pulau Pinang. kalau tak dengar, boleh baca sini.
kalau malas klik, ni snippet artikel tu.
“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.
Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.
Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.
“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,” jelasnya.
katakan Penang masuk Kedah, maknanya alamat surat menyurat akan jadi macam ni....
nama,
nama jalan,
11800 bandar,
Pulau Pinang,
Kedah Darul Aman,
Malaysia.
kan?
ok jugak tu. lepas ni kalau orang tanya asal mana, boleh jawab saya asal kedah =)
cakap pasal kedah. my friend ada gtau pasal penemuan baru kat Kedah yang membuktikan kedah 'dibuka' duhulu sebelum Melaka. mari lihat silibus sejarah malaysia di sekolah akan bertukar ke tak.
Merong Mahawangsa ada 3 orang anak dan dia tak mati masa lawan dengan kamawas. dia balik ke rome selepas perang. Noktah.






