Pages

Saturday, January 29, 2011

psp2

kenapa gadget sekarang super cool?



tak sempat nak jakun, dah keluar yang lagi canggih.


sincerely,
-bukan anak tokey-

Thursday, January 27, 2011

red eye


ok..tengok sini. 1 2 3 . . . snap


sekali kucing pun kena red eye.
act, bukan red pun. macam bara api je warnanya.
warna mata kucing ini ketika cerah(siang) adalah kelabu, ketika gelap(malam) adalah merah dan di dalam gambar bewarna oren kekuningan.



Tuesday, January 25, 2011

PMS


PMS stands for pre-mestrual-syndrome. nak tahu lebih lanjut...kena tengok video ni. cool giler. clear dan padat.



lepas ni siapa yang rasa 'angin' tak tentu pasal atau terkena tempias 'angin' orang lain, alasannya senang je. PMS.

Friday, January 21, 2011

beg besar



disebabkan Pulau Pinang sekarang ada kempen say no to plastic bags dan bila nak plastic bag jugak kena bayar RM0.20 satu. jadi, I sangat sarankan sapa nak beli beg tangan/ beg galas atau beg apa-apa je la, beli la yang besar. kalau dah ada, guna je. dulu beg besar ni untuk ibu² je kan. yelaa..senang nak bawa botol susu, lampin etc. tapi sekarang kita yang bukan ibu pun boleh pakai.

selain boleh sumbat barang² shopping, kita juga nampak bergaya. rujuk gambar. dapat jimat RM0.20 dan dapat menjaga alam sekitar.

contohnya bila kita beli syampu dan perapi di watson, bolehla sumbat dalam beg je. senang kan. tak payah pegang barang² dengan tangan. nak belek² barang di kedai seterusnya pun senang. senang jugak nak pusing tempat tu 2-3 kali. 

bila rasa nak bermalam kat mana², tak payah nak usung beg balik kampung. dalam beg tu pun boleh isi.  kalau cukup la.

kesimpulannya guna la beg besar untuk menjaga alam sekitar dan kesenangan diri sendiri.



...dan kalau pergi shopping barang dapur/rumah, jangan la sumbat barang-barang tu dalam beg tangan. sayang kot. bawa la beg alam sekitar. nampak cool jerr....


say no to plastic bags.

*gambar ihsan dari google*

Wednesday, January 19, 2011

lelaki metroseksual

dulu aku blur bila orang cakap pasal lelaki metroseksual. aku pernah tanya sorang ni, lepas dia explain apa yang patut dia bagi contoh fahrin ahmad. erm.. fahrin ahmad?!

"sila bayangkan fahrin ahmad dalam iklan Garnier for men."

see..fahrin pun pakai pencuci muka.





via ehyeke


ada perempuan yang tak ok dengan lelaki macam ni. tapi aku ok je. ok apa kan lelaki jenis ni. tak la serabut je tengok. atleast dah tahu dia bukan jenis selekeh. jangan over mengalahkan perempuan sudah la.

tak kisah la kamu ni jenis metroseksual atau apa² pun. penampilan diri kena la jaga. atleast yang asas. nak tau apa yang asas, selalu parents atau orang terdekat yang akan tegur. selamat beramal.

ps: tak suka tengok orang pakai selipar g shopping mall. sandal takdak ka?

Saturday, January 15, 2011

pesta bunga 2010

Penang Botanic Garden.
hari terakhir Pesta Bunga 2010.


rasa macam kat zoo pulak
ada booth jual pokok bunga,baja etc

ada tempat yang tutup untuk renovation
ada pertandingan

pertandingan orkid
ada pameran





 ada monyet dan macam² lagi.

lama tak datang sini. banyak dah berubah.

Thursday, January 13, 2011

aww..ada orang tolong tukar tayar kereta

tips nak elak tayar pancit.
  • bila tayar takde angin. isi la. jangan bantai bawa sampai kempis.
  • jangan main langgar benda/lubang atas jalan. bukan tayar pancit je, silap haribulan, rim pun boleh bengkok.
  • jangan parking merata-rata. kalau tayar tak pancit. kereta calar. nak yang mana? bukan semua orang baik hati nak tulis note lepas tu letak kat wiper-do not park here.

tapi kalau dah nasib, nak buat macam mana....


tadi pergi tampal tayar. sendiri buat. sendiri tanggung la. rm5. sekali dgn alignment + balancing. rm30. total rm35. aku pinjam kereta orang. so, aku kena baik hati la tolong buat alignment+balancing sekali. bodek. eh..ikhlas tau.

orang tu cakap tayar kena paku tapi paku takde.
insaf. lepas ni taknak parking merata. nak save bayar parking, benda lain pulak jadi. selamat ada Mr ni tolong tukarkan tayar. gentleman yok. -.- *melting*


ps: jika anda lelaki dan rasa nak pikat perempuan, baik belajar macam mana nak tukar tayar kereta. boleh cair derr.. tambah kalau tengah tukar tu, dia duk senyum².. lagi laaa.

Tuesday, January 11, 2011

our research paper has been accepted








*gembira*

nak mulakan sesuatu memang la susah. tapi bila dah mula, semuanya akan ok. =)

Monday, January 10, 2011

kisah jejaka promoter dari alaska

satu hari, kami bertiga ke gurney plaza. mencari laptop untuk adiknya si R. tanpa membuang masa, terus ke store dell. tanpa membuang masa lagi, kami pun mencari model laptop yang sesuai. sebab taknak buang masa lagi dan lagi, aku pun direct je tanya promoter yang berdiri kat situ.

"semua ni sama ke?" sambil tunjuk display laptop atas meja.

"...."

lepas  ulang 2-3 kali, aku pun sedar dia tak faham. aku tanya dalam english pulak. dia pun jawab dengan jayanya. terkedu jap.

fuh... dia tu mat saleh kot! selamat aku tak buat hal tanya

"can you speak malay?"

memang muka dia macam mat saleh tapi standard la malaysian kan ramai yang mix. aku tak pernah perasan pun ader kedai yang hire foreigner jadi promoter. erm...

bila aku sebut 'fourteen'. dia sebut 'empat belas' la pulak. aku rasa dia faham nombor je kot (bukan number).

oh. akhir kata dia bukan dari alaska. aku tak tanya pun dia dari mana.

gambar hiasan

vanessa hudgens. comel kan. mula-mula tengok, aku ingatkan dia malaysian. boleh macam tu?

Thursday, January 6, 2011

new year 2011

31.12.2010 kan cuti umum. jadi duk rumah seharian tak pergi mana² memang la bosan. malam tu dengan semangat yang kental, pergi redah crowd nak tengok bunga api.

destinasi pilihan adalah di straits quay. countdown by the sea la kononnyerr. tempat ni baru buka so takder la ramai sangat orang. plus still cantik lagi. plus dekat dengan rumah.



 .tak edit.

dah habis. balik laaa. malam tidur mimpi bunga api. 

bangun pagi² pergi breakfast. lepas tu layan movie-The Tourist. Act, expectation aku agak tinggi mengharapkan aksi yang lebih hardcore. Angelina jolie kaaann. atleast scene lompat kena banyak sikit. tapi not bad la.. Johnny depp ada.

sebelum pulang, kena jalan² cuci mata.. Y.E.S kan dah nak habis. kot boleh rembat satu-dua barang. tapi bila withdraw duit. baki akaun tidak mencukupi. what? argghhhh!

terus tak larat jalan. mood lari ntah ke mana. jom balik la, makan tomyam sude.

malam tu tidur mimpi daun kering tukar jadi duit pulak. no more bunga api. phew~..

the end.

Monday, January 3, 2011

planner

aku dapat rasakan tahun 2011 akan menjadi tahun yang serabut. ala-ala time buat final year project dulu. jadi untuk lebih bersedia dan teratur, aku dah beli planner untuk diri sendiri. first time ni beli planner. semoga aku lebih produktif dan tak habiskan duit sewenang-wenangnyaaa.

"bila anda belajar untuk cemerlang, kejayaan akan mengekori anda dan jika anda mengekori kejayaan, kejayaan akan lari. - 3 idiots."

lets see how it goes...

welcome 2011.



no more honeymoon . kena kerja lebih keras  !~