Hotel.
Berjalan dengan family, tak ekonomi sangat. Mula-mula ingat nak ambil Sommerset apartment tapi start May 2011, dah tutup. renovation kot.
alternatively nak ambil homestay. homestay ni sesuai la kalau pergi ramai-ramai. boleh dapat rumah besar dan agak murah.. tu pun kalau pandai cari. sebab ada juga homestay yang mahal.
Tapi akhirnya kami duduk di Merdeka Palace. apartment suite. Dalam website tak letak pelan lantai (floor plan). susah nak imagine kebesaran bilik. tapi bila sampai, yang bestnya ada banyak toilet kat suite ni. Cool kan? haha. setiap bilik ada 1 toilet dan kat luar (ruang tamu) pun ada toilet jugakk. kalau sakit perut, tak payah tunggu sampai kritikal pastu ketuk-ketuk pintu toilet suruh orang cepat keluar. Hotel ni cantik dan secure. Naik lif kena touch kad so budak-budak tak boleh turun sesuka hati. Dekat dengan dataran merdeka tapi view apartment yang kami duduk mengadap muzium Sarawak.
![]() |
| tadaaa! muzium Sarawak |
Rasanya kalau stay hotel kat area waterfront lagi bes. dekat sket nak shopping..
Transport.
Masa survey, in mind memang nak cari transport yang ada sekali dengan pemandu. sebab ramai, tak nak ambil risiko sewa kereta dan pandu sendri. malas nak sesat sana sini. Sarawak tu besar. tak macam Langkawi. selepas survey beberapa transportation, found out satu website ni yang harganya ok. ni website transport tu. ZamTransportation. sewa sebuah van yang boleh muat 10 orang+pemandu. kadar bayaran ikut jam. jadi, kalau penuh van. memang berbaloi. tempat lawatan pun dia bagi sekali. servis pun ok. aircond van pun ok. cuma bila sampai airport, takde plak orang nak pegang sepanduk nama I... baru nak feeling-feeling orang pegang nama kita dan tunggu kat airport..... tak kesampaian.
ok la. thats all. daaa~

0 comments:
Post a Comment