minggu ni takde event tapi still busy. ingatkan boleh goyang kaki kejap.
hari isnin tak ingat buatpe tapi ada perkara yang bermain dalam kepala. menyesal dan rasa besalah. last week ter-beli kain baju raya yang dah over budget. masa beli tak ingat pape pun pasal harga tapi bila dah lama, rasa menyesal pulak. sekarang ni ada masalah ekonomi. tu la fikir lebih sikit. huhu
hari selasa busy buat report apa ntah. kena hantar esok dan hari ni baru kalut. pastu dapat berita sedih pasal duit tak masuk bulan ni. isk..
hari rabu ader meeting dengan team lama. without preparation, aku masuk buat kering je. ok. takde pape sangat yang berkaitan tapi still blur la kot. benda dah lama tinggal. tak sempat refresh pun. sebab aku tak cakap banyak, aku telah me-volunteer-kan diri sendiri habiskan satu research paper yang perlu di-update untuk publish.
hari khamis ada training, satu kelas dengan bekas mufti bla-bla. boleh pulak aku tak realize. orang lain buat biasa je. so aku pun tak perasan la. maybe kalau tomok yang ada dalam kelas tu, perasan la kot.
hari ni jumaat. ada meeting brainstorming untuk proposal pulak. last minit call. semua yang telibat tu ber-phd + ada jugak foreigner. cuma aku je la takde phd. rendah diri i. then ada la depa ni speaking apa ntah aku tak faham. bukan tak faham tapi blur kot. petang jumaat kan. mana boleh digest. masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
esok sabtu
lusa ahad
=)
0 comments:
Post a Comment