destinasi pantai hari tu kat Batu Feringghi je.
bila tulis post macam sebelum ni, nampak sikit happening gile tho tempat tu tak jauh mana dari rumah.
nak divert cara berfikir. dan bukan pergi bercuti pun. takde makna nak sun tanning dan bla bla bla... sunburn ade la..

dapat jugak tengok sunset by-the-beach. ni gambar dari belakang bayview. jap. apsal aku macam jakun je. aku duduk pulau kot. kalau nak, hari-hari dapat buat aktiviti by-the-beach. cet...

ada orang pulak dalam gambar sunset aku tu.
Seingat aku dia tu pak arab yang tengah cari anak dia hilang. kalut jugak beach boy kat situ tolong cari. anak dia kecik lagi. umur dalam 5/6 tahun kot. dengar citer, budak tu hilang lepas naik kuda. leka sangat parents dia tu. akhirnya jumpa kat pantai belakang hotel apa ntah. kira jauh jugak budak tu pergi. mungkin best sangat berjalan tepi pantai sampai tak sedar dah jauh dari hotel. kes selesai, aku pun balik ke hotel. selamat kes habis awal. so, boleh la tau ending macam mana. busy body kan. ha ha ha.....
after check out hari ahad tu, kami terus pergi makan durian kat jalan pusing-pusing on the way dari teluk bahang ke balik pulau. banyak gak stall jual durian tepi jalan. dah lama aku tak lalu sini. boleh je singgah stall mana-mana yang berkenan.

durian terus dari kebun laaa ni. boleh makan situ je. feel gitu.
tamat cerita aktiviti hujung minggu dan tak sangka kali ni aku rajin mengarang. =)
update: dusun durian kot. bukan nyaa kebun durian..

0 comments:
Post a Comment