Pages

Wednesday, December 29, 2010

rentetan cuti panjang

aku dah cakap cuti akan rasa panjang.

jalan jam? dengar orang citer..jalan sesak. cuti sekolah kan....aku tak kuar pun wekend. duk rumah jerr. dah tak larat sangkut dalam traffic jam minggu-minggu sebelum ni. masuk lorong nak lari dari traffic jam tapi end up sesak jugak. lagipun akhir bulan, duit tak dapat lagi.

aku dapat tidur dengan nyenyak tapi tak cukup 8 jam. krooh krooh.

walaupun aku tak dapat join hangout dari pagi sampai pagi. aku still happy bila dapat jumpa kejap... teharu ok orang datang melawat. hi hi

rasa hati berbunga² je.. thanks for coming y'all. serius aku teharu.

speechless. -.-

hari ni jumaat. i'm watching 3 idiots(memang lama nak tengok since liza review citer ni). siapa nak tengok. buka 110 sekarang! :D

btw, tahniah pasukan bola sepak Malaysia. kami dapat cuti! yeahaa

Tuesday, December 28, 2010

akhir tahun::azam


membaca novel boleh jadi azam tahun baru ke tak ek. macam tak mencabar je. masa awal tahun hari tu, aku memang dah berazam nak mengisi masa lapang dengan membaca novel. aku pernah baca novel Eragon masa study 2nd year kat uni dulu tapi sampai sekarang tak habis. novel tu pun dah lesap. aku rasa orang yang baca novel ni sangat banyak masa. how come? sebab masa yang aku ada sangat terhad....

mungkin sebab minat. yesss..minat!

rasanya aku ada good start bila mulakan tahun ni dengan novel twenties girl by sophie kinsella. best. dan sebab tu la aku cari next novel untuk baca. last novel untuk tahun ni adalah ps i love you by cecelia ahern. best jugak.

novel-novel yang berjaya aku habiskan tahun ni. tadaaa.....


                                                          


                               



enam jerr...

rasa macam kena isi buku nilam pulak. oh, zaman high school dah berlalu.~

Friday, December 24, 2010

cuti panjang

cuti dua hari yang akan rasa macam panjang.

sebab
1. jalan mesti jam giler. membuatkan perjalanan lebih lama.
2. dikelilingi sepupu dan sedara mara. tak tentu boleh tidur dengan nyenyak ke tak.
3. akan jumpa bff.. yeah! miss y'all so muchy.

weekend yang sangat berisi.
love it.


berisi??

Tuesday, December 21, 2010

froyo

you can get this Tutti Frutti at Island Plaza in Penang. the price is according to the weight. i think this is the first outlet here (maybe). noticed it when I went there last month.

froyo is frozen yogurt.
I dont eat yogurt though.. erm


Friday, December 17, 2010

you belong with me

my small cousin really love this song. you belong with me by taylor swift
she also a die hard fan of Hannah Montana. and her song - The Climb.



this song reminds me of you. you know who you are.
miss u cho.

ps: serabut cari passport tak jumpa. tensen tau tak!!! dah sebulan aku cari dengan tak bersungguh-sungguh. serius tak ingat letak mana.. tolong sat sapa yang pandai cari benda hilang ni. lama sangat tak guna passport tu. jadi macam ni la. fuh. fuh. fuh.

Thursday, December 16, 2010

movie 3D dan subtitle

Best kan tengok movie 3D. selalu je hall penuh. takpun selling fast. mendapat sambutan betul. Rasanya kat Penang ni, GCS cinema la conquer. g Queensbay pun GSC, kat Gurney pun GSC. mall lain tu jarang pergi. sebenarnya aku yang jarang pergi.

satu hari dalam bulan lepas, aku g grand opening cinema kat Island Plaza. obviously bukan GSC. apa ntah namanya. Cinemax kot. Semua movie 3D je kat situ. Kami tengok Megamind. dan yang gempak sekali movie 3D kat situ ada subtitle!! harga untuk dewasa rm19. untuk budak rm-- (tak ingat). movie 3D yang lama rm10 je.  


sekian saja update untuk kamu semua. mana tahu nak pergi tengok movie 3D yang ada subtitle. 3D kat GSC kan takde  subtitle. caucincau 

Wednesday, December 15, 2010

Bunga dan bunga

aku rasa banner pesta bunga 2010 ni sangat menarik. latar belakang yang hijau pastu ada bunga matahari sekuntum. cantik !


dah lama start dan minggu ni la habis. rasanya tahun ni tak sempat pergi la. tak beli kamera lagi nak buat photoshoot pun. hehe

Tuesday, December 14, 2010

hadiah tahun baru

aku dah beli hadiah tahun baru untuk diri sendiri. tadaaa.....





ps: im preparing 5m budget. who wants to buy Ferrari car or whatsoever? lemme know. I include it in the list. special for you.

Friday, December 10, 2010

Budak baru belajar

I ada seorang niece yang berusia 2 tahun lebih. satu hari I ajar dia pronounce word Sofia.

me: sebut sofia.

niece: sopa

me: so-fia laaa..bukan so-pa.

niece: so-pa

me: so-fi-ya

niece: .....

me: so

niece: so

me: fi

niece: fi

me: ya

niece: ya

me: so-fi....

niece: ya...

me: ok..sebut.so-fi-ya

niece: so-fi-ya

me: good girl. give me 5.

niece I je ke tak tau sebut 'fia'??



---------------------------------------------



orang yang baru belajar kereta, tangan dia keras sket nak pusing stereng. Perasan tak? (kecuali la kalau mereka tu selalu p main game kereta kat pusat hiburan) tapi takpe, lama² ok la tu. budak baru belajar kan.....


Betul ke orang cakap perempuan bawa kereta menakutkan. ha ha ha. rasanya kalau nak tau cara kita tu menakutkan ke tak, try la bawa jejaka². kalau kena kutuk, kena tegur, atau pantang bawa laki je, kena jadi penumpang. tak payah tanya laaa, confirm cara drive tu menakutkan.

eh, takpun nak pinjam sis I tolong jadi co-driver. dia tu memang bising. orang drive je, ada la yang tak kena. kalah pakcik jpj yang ajar kereta dulu. dulu lepas dapat lesen, tension jugak bawa kereta dengan dia. sekarang dah ok. fuh, lega...

rasanya sebab dia la I boleh bawa kereta ayah dan ayah jadi penumpang. bawa kereta abg ipar dan abg ipar jadi penumpang. bawa kereta boy-friend dan dia jadi penumpang. sebenarnya tak senang nak ada chance bawa kereta orang tapi kalau orang tu offer, baik bawa je. confident.

Wednesday, December 8, 2010

Dinosaur


aku teringin nak tengok pameran dino macam ni. siapa ada keinginan macam aku, jom kita g terjah nak? dulu masa kecik, takut. sekarang duk buat teringin pulakkk..

Friday, December 3, 2010

Wherever Nina lies

minggu lepas duk rumah layan novel Wherever Nina lies. pinjam adik punya.


best la novel ni. excited je baca.lagi banyak baca, lagi banyak klu. saspen je nak tau ending. baca novel macam ni baru tak mengantuk. =)

minggu ni tak tau nak buat pe. mungkin jalan² tengok pokok christmas.

btw, its December already! omg.

Wednesday, December 1, 2010

Stop child abuse


Hentikan penderaan terhadap kanak-kanak.


Penderaan fizikal , penderaan emosi , penderaan sexual dan pengabaian. banyak faktor yang menyebabkan kes penderaan kanak² tapi walau apa sekalipun mereka tetap ada hak untuk hidup gembira seperti kanak² lain.



Child Abuse




Child abuse - scream






Kesian ok. tak sanggup nak tengok gambar. tak sanggup nak letak gambar yang teruk². tak sanggup nak baca berita pasal kes penderaan kanak-kanak.



jom join unicef campaign - stop child abuse.


unicef



raise your hand. owh, this is my hand. i'm in. randomly put the colours. cantik jugak kan? ;)




design your own hand . say no to child abuse.