Pages

Wednesday, June 30, 2010

matta fair 2010 kat penang. Jom



first sekali sila lihat banner kat atas tu.


Tempat :PISA -Penang International Sports Arena

Tarikh : 02-04 july 2010

additional info(click here)

ok. jom pakat p ramai-ramai.


Hujung tahun boleh g holiday. yahooo! ;)

Tuesday, June 29, 2010

erm..

Life isn't perfect, but having the satisfaction with being the ones you love is beyond perfection - TheLoveStrings


Monday, June 28, 2010

Berita dari Madinah

note: to my beloved friends....

Excited kejap pagi ni sebab dapat email dari sv. Dah lama kot dia tak respon email aku. Dia cakap dia occupied sikit.ye la, sekarang musim exam kat sana. Faham-faham la bila dia senyap, keje aku pun macam jalan dan tak jalan. Tapi rajin pulak aku datang hadap pc ni hari-hari walaupun ader la hari yang aku masuk lambat. Dia cakap akan catch up semua kerja on next week. (owh, aku tulis post ni minggu lepas. hari jumaat)

(...ditulis pada hari isnin)
hari ni aku masuk lab macam biasa. semua macam biasa. kerja tak jalan lagi!! minggu lepas aku kalut juga duk perbetul paper. Dr.f minta aku hantar draft. terpaksa habiskan buat experiment semua. aku rasa macam tak sempat submit paper tu untuk conference tahun ni. sebab draft paper tu pun tak dicheck lagi.

banyak benda la duk fikir. maybe kena buat listing kot. mana satu patut fikir dulu. oppss.. macam skema pulak tapi manageable kan.

Thursday, June 24, 2010

muzium pun layan.dah nama pun cuti sekolah

Aku dan konco-konco ke muzium cuti sekolah hari tu. Bawa masuk kamera dalam muzium kena bayar rm1. Dulu tak kena bayar pun. disebabkan aku skema, aku bayar la.lagipun aku pinjam kamera orang je. kalau ditakdirkan kena rampas. tak pasal pulak kan. mesti kena tangkap gambar sebanyak mungkin sebab dah bayar rm1. jom layan gambar....


menakutkan bila tengok patung macam ni. mungkin malam-malam, hidup kot benda ni ek.




aku datang muzium ni ramai-ramai. termasuk aku total 5 orang. Aku selaku ketua dan yang lain adalah budak sekolah. Selamat aku nampak muda. So, takder la obvious sangat aku jalan dengan budak-budak. =)






Banyak lagi patung dan sebenarnya takut nak ambil gambar. Dulu masa datang berdua dengan member, kami siap jalan cepat-cepat lagi kat bahagian orang batu ni. dah la cahaya tak berapa nak ada aka suram. ada pulak pameran orang batu macam ni. serius menakutkan.




act, aku nak upah budak-budak tu sebab dah tolong jadi model untuk projek aku. kalau nak ajak tengok wayang, macam pokai pulak nak sponsor semua. ajak datang muzium ni foc je. =) Lagipun standard la kan jalan dengan budak sekolah kena bawa pergi tempat ilmiah sikit.







Dalam muzium tu ada pameran The Lost World. kena bayar rm1 sekepala. kami masuk la dengan harapan ada dinosaur. malangnya dinosaur takde tapi tempat tu macam seram. kalau ada effect bunyi sure lagi menakutkan kot.
note:gambar dalam lost world takde sebab bateri kamera habis.



akhir kata. terima kasih kepada mereka yang bersusah payah menjadi bahan kajian.jasamu dikenang =)



Tamat.


ok. c ya! =)

Monday, June 21, 2010

hanya jauhari yang kenal manikam

Sapa kat sini kenal manikam?

Haa....sapa-sapa yang bukan jauhari sure tak familiar kan. Manikam tu gem. Jauhari tu pakar permata. OK. sekarang bukan nak cerita pasal gem atau jauhari.


Nak cakap pasal kuasa menilai. Sapa-sapa yang tak tahu pape, tak payah la nak menilai lebih-lebih.biarkan kepada yang arif je. Kalau ada orang tanya aku pasal gem ni asli ke tak. mesti aku tak dapat jawab kecuali yg fake tu obviously nampak sangat macam tipu. tapi ader jugak yang fake nampak macam betul kan.




Kalau korang layan benda fake/replika. korang je la arif pasal benda-benda fake ni. kalau layan yang authentic, asli, original. hanya yang guna benda original je la yang tahu.


kalau korang tanya aku pasal batu batan. tanah. dinosaur. terang-terang aku akan jawab tak tahu. sebab aku bukan budak geologi. owh tipu. maybe aku leh jawab apa yang aku tahu tapi tak sehebat geologist la kan =)


makna hanya jauhari mengenal manikam : hanya mereka yang pakar dalam sesuatu bidang sahaja dapat mengenal lebih dekat bidang yang dikajinya.


TETAPI tak semestinya bila kita takde kaitan dengan sesuatu perkara tu, kita tak payah ambil tahu. Atleast kita tahu sikit la daripada tak tahu langsung.


* Tetiba rasa macam hidup ni adventurous je. Semua benda kena pulun tahu. =))

Wednesday, June 16, 2010

aku nak promote website .gov

Dulu felo selalu cakap banyak berjalan ni bagus, boleh elak kanser serviks. Sebab hostel kami la paling jauh dengan dewan kuliah. ni dulu la..masa matrik. nak psiko student la tu.

kanser serviks ni kanser yang kedua terbanyak dikalangan WANITA selepas kanser payudara. kira bahaya la jugak ni. Aku dapat tahu bila ada pesanan khidmat masyarakat kat tv.




photo from knieanarchist's



sesiapa nak tahu lebih lanjut boleh baca info kat website ni. (klik link ni boleh terus ke website .gov tu) aku dah buka. tak slow pun. jangan risau lambat loading ke ape. Kanser ni akan serang perempuan yang pernah melakukan hubungan seksual. Ohh.. lega jap. kira percent nak terjebak tu 0 lagi.

* Tapi bila aku baca dalam website tu takde pulak info banyak berjalan leh elak kanser serviks.

**Salah satu cara pencegahan tu adalah setia pada pasangan.

Sekian pesanan khidmat masyarakat.

*** Moral of this entri:
1) Website .gov takde la slow sangat
2) setia la pada pasangan anda =)

Tuesday, June 15, 2010

Q

God gives you many ways to go. BELIEVE and you shall be guided the right way - Dhanti Praspani

Thursday, June 10, 2010

A-team - team-A

I sangat la suggest kepada sesapa yang nak tengok movie minggu ni..tengok la movie the A-team.


Best la. Lawak, suspen, action dll semua ada. Kira tak rugi la I nak g tengok LBS tapi tertengok movie ni.

Kalau tak nak tengok movie ni kat cinema. beli je dvd. kalau macam saving sangat dah, sedut je kat torrent. berbaloi-baloi.

till then. Bye =)

Tuesday, June 8, 2010

Contact lens giveaway

ramai pakai lens kan sekarang. tak kisah la memang rabun atau sesaja nak pakai. contact lens ni cantik. bagi besar biji mata hitam tu. haa.. nampak la macam korean sket kan.

yang tak rabun pun leh try. I dah try hari tu. bes pakai lens ni tapi takde pulak orang tegur comel ke ape. erm... tapi kalau diri sendiri rasa comel. apa salahnya kan....





cuba la isi ni kalau nak 3 pairs free...http://www.freshlookilluminate.com/#/home

masih sempat lagi. tengok meter tu..tak penuh lagi. cepat grab ok. =)

Friday, June 4, 2010

lagi 20 tahun

tadaaa...ini gambar I 20 tahun akan datang means dalam 40lebih la. tapi nampak macam tua sangat pulak. aiyoo....sila jangan percaya. I rasa gambar ni adalah gambar 30 tahun akan datang. sekarang banyak krim anti penuaan kot. even umur 40lbey, still nampak muda jer.




I amik link ni dr ms elyn. saja suka-suka nak try jugak.

sapa nak try..

Tuesday, June 1, 2010

di sebalik satu hari dalam bulan Mei

I celebrate my birthday dalam bulan Mei.

Hari tu, dia belanja I makan kat Nandos@Gurney. belanja untuk birthday. seingat I la kan, dah 3 tahun berturut-turut dia ni belanja makan kat Nandos time birthday.mungkin tahun sebelum tu makan kat Nandos jugak kot tapi tak dapat ingat la. Tak kisah la, I memang suka makan kat Nandos tapi susah nak ajak orang makan kat sini. =)

kali ni I pilih menu yang ni. memang teringin nak makan ni dari hari tu tp last time I datang, I belanja adik and cousin. so, makan menu yang biasa sudah la kan. tapi yang ni memang sedap. style jer hidangan ni kan.


DAN I dapat kek surprise jugak hari ni. Wah.. Hepinya!! =) Happy! Happy! =)

Ini la kek nya. I makan suku dari sebijik kek tu ok. banyak la tu kan? wah..selamat I jenis tak riso nak gemuk. =)


teruja la I. Sweet jugak dia ni kan. siap beli kek lagi. Ingatkan nak belanja makan dan tengok wayang jer.

Malam tu, untuk dinner, kami makan beriani_claypot@Kapitan.ni pun sedap.....=)


the end.

oh... thank you u....=)