Pages

Wednesday, May 26, 2010

Formula Jarak dan kesimpulan

Ini adalah formula jarak antara dua titik. Sila bayangkan ada dua titik di depan anda iaitu titik A(x1,y1) dan titik B (x2,y2). Untuk mencari jarak antara dua titik itu, formulanya adalah seperti berikut.




d adalah jarak


----------------------------


Sangat la senang kan. Macam mana aku boleh lupa formula ni. Ni citer hari tu, masa aku bertungkus-lumus nak cari jarak antara 2 tempat. Siap google lagi - jarak, mencari jarak, formula jarak dll. oh, serius sangat konfius dengan hasil searching. Aku pun siap lukis theorem phitagoras. Nak cari jarak punya pasal la. Itu la kan, dulu tak nak belajar rajin-rajin. menyesal pulak.


Akhirnya aku jumpa formula atas tu bila googling-distance equation. simple explaination dalam website tu. Ok.habis cerita.


Siapa suruh tak search awal-awal dalam english. Kalau tak, tak payah nak pening kepala cari formula jarak.


Hari ni ada problem lagi. lebih kurang macam ni. Ask the right question to the right person. question pun tak clear. macam mana nak cari right person. Oh, please read more books. jangan bergantung harap pada pakcik google je. bukan semua jawapan kita akan dapat secara direct. kadang-kadang kita akan dapat jawapan secara indirect. Baru mencabar sket hidup ni. huhu~

Sunday, May 23, 2010

Anda Gembira?



1~ Adakah anda happy skang ??
Biasa jerr.. Orang cakap jangan happy sangat. nanti nangis.

2~ Kenapa anda happy?
N/A - not applicable

3~ Apa yang membuatkan anda happy??
N/A - not applicable

4~ Pernahkah anda menerima TAG??
Pernah. Kat Facebook banyak yang tak terjawab. kat blog ni ada satu kot yang dijawab.

5~ Nyatakan warna yang anda suker??
Kurang pasti la.dulu suka biru. pastu suka merah.pastu suka putih.pastu hitam. pastu warna warni. kesimpulanya warna HSV is better dari RGB. sebabnya HSV ader tone kaler compared to RGB yang cuma ada 3 true kaler-red green blue. (tak menjawab soklan kan ni..errrmmmmm...tu la..aku sensitif sket pasal warna ni. huhu...)


photo from Bo-Kaap

6~ Berikan kepada 5 orang yg kamu mahu tag.sila beritahu kepada orang yang kamu tag supaya dapat respon(nak lebih pun boleh kurang pun boleh)
(jawapan standard) semua yang rajin nk jawab..sila la jawab k.

7~ Nyatakan sifat orang yg anda tag..nak tulis panjang berjela pun takpa..asalkan anda happy..
N/A-telah tag secara general

8~ ni soklan cepu emas ini..adakah anda happy dengan apa yg anda ada?
mesti la. kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. kalau kita besyukur.sekaligus kita akan rasa happy.

*tag ini diterima dengan happy nya daripada cik Casa*

Friday, May 21, 2010

Jurujual ni laaa


Sekian lama aku tak jalan-jalan kat Queensbay, semalam aku jejak kan kaki juga. Bukan ada apa pun tapi rasa macam dah lama tak pergi. Semalam g, ader 2-3 kedai baru. kan dah outdated. ok..sila Update.

Queensbay dah buka pusat karaoke baru. bes la budak USM lepas ni. rasa macam stress je, boleh g karok. klas sket la pada tempat karok depan BJ atau kat Jelutong tu. (tak kena saman kan cakap macam ni). sebab nak g Redbox kat Gurney macam jauh. who care? aku bukan kaki karok pun.

Selain tu, ader kedai makan baru.. ala...macam mana boleh lupa nak tangkap gambar ni. so tak der la gambar. macam sedap je. Mesti try. Tapi bila.......?? (lunch hour sekarang ni-kelaparan). tetiba teringat kat member di NZ. kalau jalan dengan dia.sure kami slamber je try makan kat situ.

Then jalan-jalan lagi... masuk satu kedai ni. ingat nak beli satu barang ni. tapi salegirl tu macam malas je nak layan. Aku nak tengok barang tu dulu sebelum beli. Boleh lak dia cakap nanti aku tak beli. Memang la aku tak beli kalo tak sesuai. Ok. aku paham. susah nak unpack barang tu (susah la sangat.aku pun boleh unpack) dan kalau tak beli nanti dia kena bungkus balik(dah kerja dia kan). Sapa suruh tak reserve untuk display. kalau ader display, aku pun tak suruh dia buka kan untuk aku. aku pun malas la nak deal dengan orang macam ni. terus je kuar.


Sama la kes macam bila minta kurang harga ke ape (di kedai tepi jalan). benda ni mahal. adik nak beli ke? perlukah macam tu? Apa dia ingat dia berniaga.dia dah kaya habis la. Nak jual, buat la cara nak jual. tak payah la nak perlekeh customer. Padahal benda tu bukan mahal sangat pun. Kalau beli 10 on the spot pun mampu k. kalau fikir positif, maybe dia takut customer bayar guna kad kot.dia pulak takde swap mesin. haru-biru pulak. adusss...ter-emo jap.

Macam-macam.

kalau yang baik sangat tu.. sampai berjalan mana pun nak ikut.


Photo from Cuba Gallery



Noktah.

Wednesday, May 19, 2010

kaki-kaki

Morning semuanya~


ini adalah gambar 18 finalist miss universe Malaysia 2010. bahagian kaki je la sebab nak cakap cantik kan girl pakai heels. dah ada pemenang pun miss universe ni tapi tak kenal la pemilik kaki yang mana. kurang periksa.

macam style jer kan.

aku ada tengok satu rancangan pasal kasut tumit tinggi ni la. kalau kita(perempuan sahaja) pakai heels, posture badan akan jadi cantik. haa...apa lagi.sapa yang nak cantik tu. pakai la heels bila kuar.

TAPI kalau tak selesa dan tak sesuai. jangan pakai. menyeksakan diri je.
DAN kalau bukan your style jugak...jangan pakai. sapa pun tak paksa. be urself.
ok...sekian

Friday, May 14, 2010

meh ronda naik proton


weekend lepas aku ada tertengok jom ronda bersama Proton. ala...kat tv3..yang show time Magrib tu.bukan layan sangat pun tapi artis undangan tu sweet la. tau tak sape..Nubhan AF..lama tak tengok dia ni sejak habis AF6. sekali tengok dah berubah pun.

gambar from google

Banyak la tips pasal driving dalam show ni. tapi yang menarik perhatian aku..bila nubhan tanya AG(pengacara)-pesona se ni boleh drive sendiri ke? AG cakap boleh tapi sebelum tu kena tekan apa ntah kat bawah stereng. drive sendiri means tak payah tekan minyak pun. serius aku tak pernah dengar. aku pun tak pasti pengacara tu melawak ke atau dia serius time jawab tu. aku pun berat mulut nak bertanya.sebab aku pun tak tahu nak tanya sapa. malas nak google cari. satu hari nanti sure aku akan tahu gak.



Friday, May 7, 2010

Daftar mengundi


Sabtu lepas masa berjalan-jalan kat Gurney plaza, ader la booth untuk daftar undi. mula-mula buat tak layan je.tapi sebab dah ader orang ajak..aku pun g la daftar.

masa nak daftar tu..boleh lak bro tu tanya dah cukup umur ke belum. nampak aku muda remaja sangat ke ek......*sigh*

aku pun daftar la dengan senang ati..so sekarang aku dah boleh mengundi la... sesiapa yang tak mengundi lagi..sila..sila...nak tau katne leh daftar, boleh g web ni http://www.spr.gov.my/.

balik tu citer kat mak..pastu malam tu abah asyik duk perli je..."dah ada suara la sekarang kan" errrr.....*#!~

yela...dah ader suara pun. rakyat Malaysia prihatin la katakan...

Thursday, May 6, 2010

Labour d.a.y

sebenarnya tak terasa pun labour day ni. maybe duk mimpi macam student lagi kot. yela..duk teperap kat bangunan ni je dari dulu.mana nak rasa environment keje.. hepi la for those yang dah bekerjaya sekarang. cayalah!~ yang tak berkeja lagi. takpe.rezeki ada di mana2.. usaha lagi....

Kali ni labour day ari Sabtu. memang la tak best. ader company yang baik hati, so cuti la ari Isnin. yang kurang baik hati tu. takder la cuti tambahan. My sister, cousin semua g genting. aku tak ikut pun. even saat-saat terakhir aku berbelah bahagi nak g ke tak. bestnya kalau ikut.....alasan tak ikut sebab takder baju. ok.tipu.rasanya more than that.dalam 55% tak nak g 45% nak g. tak nyesal pun tapi ada sedikit jeles.

so kesimpulanya labour day di Penang je la bersama orang2 tersayang =)