Pages

Friday, April 30, 2010

end of april

Hai all

since post yang lepas, I cuma berkesempatan makan mcflury oreo saja. rasa macam cepat la masa berlalu. dah 2 weeks time. kejap je.

today dapat news baik punya. one of my bestfriend dah beli kete.. wah. I'm so happy for her. serius. nape ntah. macam dapat kete sendiri pulak.

my kaktus dah membesar sket. nanti i share kan gambar. tak perasan pun..hari ni baru perasan. hepi jugak for my kaktus dapat berdikari dengan tuan yang macam ni.

my handphone ada problem bila nak online internet. masuk internet, keje nak 'hang'. ini sangat menyedihkan. =( bila la dapat g kedai.. tak bes la tak boleh connect internet. susah nak update twitter, facebook, buka youtube..bla..bla..bla. rasanya sebab memory. kalau pc, boleh la nk upgrade ram. kalau hp......

one of my sister dah balik KL after one month duk sini. sebab her husband dah balik dari outstation. before dia balik..dia asyik duk cakap nanti sure kami akan rindu dia. act, dia yang akan rindu kami. sebab rumah dia takde sapa. tak boleh nak cakap dengan sesapa. -advantage of big family-

hari tu sembang dengan Mr.S (phd candidate dari Iran). Dia macam duk bagi ceramah suruh sambung master cepat. I tak respon sangat pun. speechless la..blur. Tak tau nak cakap apa. lama sangat tak bercakap dengan bangsa asing kot.problemo la ini macam.

tak tau nape rasa macam occupied sangat sejak menjak ni. padahal takde benda sangat pun.

semalam on the way balik rumah. nampak la sorang mamat cina dengan kereta barunya kat tokong hindu. buat upacara sembahyang. act, ramai gak yang datang buat upacara kat tokong ni.. orang kata upacara 'tolak bala' untuk kereta baru. ni bukan first time. dah banyak kali I tengok. saja la nak share.

Esok nak g tengok iron man 2. ramai betul la orang dah beli tiket. Kali ni layan cinema premier. heee =)

lagi lagi dan lagi....

have a nice day.

*miss all my friends*

Friday, April 16, 2010

aiskrim

teringin la nak makan ice-cream. nape promo ni mesti ari rabu. terlepas lagi minggu ni. so, I post kat blog ni supaya minggu depan leh ingat.


tapi kena tunjuk pink la...nak tunjuk ape ek...???

Friday, April 9, 2010

Ben 10 - penyelamat bumi

Tak tau nape suka sangat main game ben 10 sekarang ni.. macam budak-budak je kan tapi serius menarik jugak game ni. karakter ben 10 tu boleh tukar-tukar. sebenarnya aku tak tau pun ben (nama budak comel tu) leh bertukar jadi 10 karakter. patut la namanya ben 10.. dah pelbagai barang guna karakter kartun ni. femes kan.



dulu spongebob pun femes gak. aku pun terpengaruh dek kerana bahana spongebob ni.. ader la 2-3 barang spongebob dan rakan-rakan dalam simpanan. Tapi sekarang macam kurang menyengat.

Kartun dari Malaysia pun ada yang femes. apa lagi..upin dan ipin la..so sweet ;)

dulu aku beli game ben 10 ni konon nak bagi my nephew main. sebab mostly game yang aku ada semua macam susah je untuk budak 4 tahun. tapi sekarang aku lak yang layan. game yang aku main ni namanya ben 10-protector of earth. lepas habis ni, aku bercadang nak main game ben 10-vilgax attacks.

Game ni tak susah sangat pun. tak suka la main game susah-susah ni. orang main sebab nak fun bukan nak menyusahkan diri.

Dulu masa studi (zaman budak2/muda remaja) memang akan download game bes-bes.main kat laptop..mostly game arcade la (cth dinner dash, ranch rush,cake mania,chocolatier dll..). bila start buat final year project, memang stop dari main game. fokus la katakan. since dari hari tu dah tak main game kat laptop sbb laptop pun dah macam nak nazak. tak bes la kan.

lagipun time tu zaman orang duk main game kat facebook( cth farmville, restaurant city,...). aku pun terjebak sama. serius sangat bes. sangat addicted. tapi sejak aku beli game portable.game kat facebook pun dah tak main.

balik kepada tajuk asal. sebenarnya nak citer pasal game ben 10 yang pada pandangan aku sangat bes. tak sabar nak balik rumah main seround.





ni baru 3 karakter..nak tengok yang lagi 7,pandai2 la search ok..

bye



Wednesday, April 7, 2010

gegar pagi ini

Ini amaran awal. jauhi pantai.

Gegaran ni pun dapat rasa kat Penang kul 6.15(masa solat subuh). kalo yang duk rumah tinggi2 tu lagi la rasa. Klik image tu untuk baca laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia. MOSTI

patut pagi tadi aku terjaga sebelum jam loceng bunyi.

semoga kita semua dijauhi dari bencana. amin

Monday, April 5, 2010

Lunch mau makan apa??

ini ok tak?



Friday, April 2, 2010

Pagi yang ....

Bila dia takde, baru rasa kehilangan....
Best dengar pagi di era.
Sebab aznil dengan arwah Din Beramboi mmg happening. Ceria.
Kadang-kadang sampai boleh gelak besar dengar radio masa nak g keje.
Terkejut dan sedih bila mendengar kehilangan arwah pagi tadi(2April2010).

Takziah untuk keluarga Din Beramboi.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Amin