Pages

Friday, September 24, 2010

lampu lip lap

Ingat lagi tak jamuan raya kat dewan IK dua tahun lepas? time tu aku ada pinjamkan lampu lip lap untuk deco dewan. alaaa....yang letak kat pokok tu.

aku tak terlibat dengan hiasan dewan ke atau apa² persediaan. just pergi dan makan. so, lampu tu memang awal² dah passed up kat sorang ni.

lama lepas jamuan tu aku pergi ambil balik. confirm.

tapi kan.. tahun lepas masa nak raya, lampu tu dah takde. taktau letak mana. cari dalam kete takde, dalam almari takde. smua tempat² yang possible kena campak lampu tu dah cari tapi masih juga tiada. at last aku kena blame tak ambil balik lampu tu. tak kisah la. aku sangat pasti dah bawa balik.

raya tahun ni, mereka² terkenang lampu tu lagi. bukan taknak beli lain. tapi 2-3 malam nak raya baru nak pasang lampu lip lap tu. mana nak ada. lampu lama tu dah 'mia'. kena blame lagi.

Dua atau tiga raya (tak ingat), g feringgi. cousin nak tengok handbag, pergi la jugak after makan nasi kandaq. lampu gantung yang cantik tu merata². lagi cantik la pada yang hilang tu. banyak bentuk pulak tu. bukan setakat bola, bintang, bulan, bulan sabit. semua ada. macam² jenis. cantik. sebelum ni tak rasa nak beli. jalan depan kedai pun buat dunno je. Walaupun berkenan tapi taknak beli sebab raya dah habis. mungkin tahun depan boleh shopping lampu lip lap kat sini.



eh, jap... aku ada tangkap gambar dengan henpon. mesti la gambar tak cantik. banyak noise. nak tukar henpon sebab kamera je macam tak berbaloi. sayang oi...





lepas ni nak pasang lampu lip lap keliling rumah pun boleh.

2 comments:

Fitrihadi.com said...

pasang kat keta mesti semua pandang hehehe

zhOprenIa said...

uih...malu la cek. hahaha