Haa....sapa-sapa yang bukan jauhari sure tak familiar kan. Manikam tu gem. Jauhari tu pakar permata. OK. sekarang bukan nak cerita pasal gem atau jauhari.
Nak cakap pasal kuasa menilai. Sapa-sapa yang tak tahu pape, tak payah la nak menilai lebih-lebih.biarkan kepada yang arif je. Kalau ada orang tanya aku pasal gem ni asli ke tak. mesti aku tak dapat jawab kecuali yg fake tu obviously nampak sangat macam tipu. tapi ader jugak yang fake nampak macam betul kan.

Kalau korang layan benda fake/replika. korang je la arif pasal benda-benda fake ni. kalau layan yang authentic, asli, original. hanya yang guna benda original je la yang tahu.
kalau korang tanya aku pasal batu batan. tanah. dinosaur. terang-terang aku akan jawab tak tahu. sebab aku bukan budak geologi. owh tipu. maybe aku leh jawab apa yang aku tahu tapi tak sehebat geologist la kan =)
makna hanya jauhari mengenal manikam : hanya mereka yang pakar dalam sesuatu bidang sahaja dapat mengenal lebih dekat bidang yang dikajinya.
TETAPI tak semestinya bila kita takde kaitan dengan sesuatu perkara tu, kita tak payah ambil tahu. Atleast kita tahu sikit la daripada tak tahu langsung.
* Tetiba rasa macam hidup ni adventurous je. Semua benda kena pulun tahu. =))